Wednesday, March 31, 2010

Hukum lelaki mendengar nyanyian wanita di dalam radio?

salam..

Prof Dr Syeikh Ahmad as-Syarbadi, seorang pensyarah di Universiti al-Azhar menjawab:

Hukum mendengar suara nyanyian wanita adalah bergantung kepada keadaan suara tersebut. Sekiranya suara wanita itu suara yang lemah lembut dan menaikkan syahwat maka hukum nyanyian ini adalah haram. Hukum lelaki mendengarnya pun adalah haram kerana boleh menyebabkan terjebak dalam dosa. Ini juga kerana suara ini boleh menimbulkan godaan kepada orang lelaki.

Demikian juga sekiranya terdapat perkara yang haram dalam nyanyian tersebut maka haram nyanyian tersebut dan haram mendengarnya. Adapun sekiranya nyanyian itu seperti berikut:

  1. Suara yang yang normal, terpelihara dari perkara yang haram, tidak ada yang lemah gemalai dan tidak menyebabkan godaan kepada lelaki.
  2. Lirik yang baik, terpelihara dari perkara yang tidak elok dan lirik yang menggalakkan kepada perkara yang baik.

Maka tidak haram mendengarnya.

Dalam sirah Nabawiyah ada menyebut bahawa Rasulullah saw pergi ke rumah seorang sahabiah bernama Rubaie’ binti Mu’awwiz ra untuk memberi tahniah sempena perkahwinannya. Sampai di sana Nabi saw mendengar beberapa orang wanita-wanita muda memukul gendang dan mendendangkan nyanyian. Nabi saw tidak menegah mereka menyanyi sehinggalah apabila mereka menyebut lirik berikut:

((وفينا نبي يعلم ما في غد))

“Kami mempunyai Nabi yang mengetahui apa yang terjadi pada esok hari.”

Nabi saw pun bersabda:

دعي هذا وقولي ما كنت تقولين

“ Jangan sebut rangkap ini dan nyanyikanlah dengan rangkap-rangkap nyanyian yang sebelumnya.” (Hr Ibnu Hibban).

Rujukan: Bainal Fan wal Feqh oleh Rejab Abu Malih.

wassalam..

Hukum Bagi Pasangan Bertunang Keluar Berdua-duaan..

salam semua..

"
Sebagai muqadimah bagi artikel ini, lebih eloklah saya memberikan maksud ikatan pertunangan sebagai pendedahan kepada semua pengunjung apa yang di maksudkan dengan pertunangan dalam Islam. Menurut Ustaz Sulaiman Endut dalam bukunya Asas-asas Fardhu Ain sebagai berikut :

“Peminangan adalah melahirkan keinginan untuk berkahwin atau permintaan dari seorang lelaki kepada seorang perempuan untuk mengahwininya, sama ada dilakukan oleh lelaki itu secara langsung atau tidak langsung iaitu dengan perantaraan orang lain yang boleh dipercayai sesuai dengan ketentuan agama.”

Jelas di sini bahawa ikatan perkahwinan adalah tanda keinginan seorang lelaki kepada seorang perempuan untuk mengahwininya dengan ikatan perkahwinan yang sebenar. Sebenarnya ikatan perkahwinan ini tiada istilah yang membolehkan mereka keluar berdua-duaan walaupun berjumpa seketika untuk menyampaikan sesuatu hasrat yang terpendam atau sebaliknya. Hadis Nabi Muhammad saw yang bermaksud :

"Tidak halal bagi seseorang lelaki berkhalwat dengan seseorang wanita yang tidak halal buatnya kecuali ditemani mahram (mahram-orang yang diharamkan nikah / kahwin dengannya. Maka orang atau pihak ketiga yang ada bersama-sama ketika mereka berdua berkhalwat itu adalah syaitan".


Dapat difahami bahawa Islam tidak membenarkan pasangan lelaki dan perempuan yang sudah bertunang atau belum bertunang berjumpa berdua-duaan walaupun dalam apa jua alasan. Sebab ini akan menimbulkan fitnah dan buruk sangka orang ramai terhadap pasangan tersebut. Bagi pendapat saya, jumpa walaupun membincangkan hal-hal penting pun juga tidak boleh dan haram, kerana dikuatiri perbuatan tersebut dapat menghampiri zina. Jika tidak menghampiri zina, maka ia akan berlaku fitnah di atas perempuan atau pasangan tersebut dengan mengatakan bahawa perempuan atau pasangan tersebut tidak mempunyai maruah. Adakah anda suka orang awam mengatakan anda tidak mempunyai maruah? Kalau tidak suka, maka jangan berjumpa berdua-duaan di tempat tersembunyi atau di tempat awam. Firman Allah yang bermaksud :

“Perempuan-perempuan Yang soleh itu ialah Yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan Yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua Yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, Dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya.” (An-Nisa :34)

Wanita yang soleh adalah wanita yang memelihara kehormatannay sebagai seorang wanita yang suci dan tidak pernah difitnah disebabkan perbuatannya atau keluar berdua-duaan dengan lelaki atau tunangnya. Janganlah mencari 1001 alasan untuk menghalalkan perbuatan yang memang jelas di dalam Islam adalah haram sepertimana keluar berdua-duaan kononnya untuk membincangkan sesuatu masalah, hanya pergi membeli belah dan sebagainya. Allah sangat membenci orang yang sentiasa mencari jalan untuk menghalalkan perkara yang haram. Jelas bahawa yang haram itu jelas dan yang halal itu jelas dan tidak ada perkara yang perlu dipertikaikan lagi.

Menurut pandangan Dr.Yusof Al Qardawi dalam Fatawa Muasoroh (fiqh kontemporari) mengatakan bahawa :

“Selama mana akad kahwin (ijab dan qabul) belum ditunaikan oleh tunang laki dan tunang wanita (belum sah nikah/kahwin mereka mengikut 'uruf-adat, syarak dan undang-undang), maka keadaan masih seperti hukum asal.”

Hukum asal yang dimaksudkan oleh Dr. Yusof Al-Qardawi dalam masalah ini ialah seperti berikut :

  1. Tidak halal dan haram bagi makhtubah (tunang wanita) untuk berkhalwat(berdua-duaan sehingga menimbulkan fitnah) dengan khatibnya (tunang lelaki) kecuali bersama-sama mahtubah (tunang wanita) itu ada salah seorang mahramnya seperti ayahnya atau abangnya
    .
  2. Tidak halal dan haram bagi makhtubah (tunang wanita) untuk bermusafir atau melancong dengan khatibnya (tunang lelaki) kecuali bersama-sama mahtubah (tunang wanita) itu ada salah seorang mahramnya seperti ayahnya atau abangnya.
Kesimpulan dari fatwa yang dikeluarkan oleh tokoh ulamak moden iaitu syeikh Dr. Yusof Al-Qardawi menyatakan haram sama sekali bagi pasangan lelaki dan perempuan yang belum bertunang atau sudah bertunang berdua-duaan tanpa teman dari orang yang mahram dengannya seperti ibu, ayah, kakak, abang atau sebagainya. Perlu bawa teman dari mahramnya adalah untuk mengelakkan dari berlakunya maksiat atau fitnah orang terhadap pasangan tersebut. Bahaya fitnah ini, kerana disebabkan fitnah manusia boleh berbunuhan antara satu sama lain, disebabkan fitnah juga suami dan isteri boleh bercerai dan sebabkan fitnah juga pasangan bertunang tersebut akan binasa.

Jika ada apa-apa perkara yang ingin dibincangkan, bolehlah melalui talifon, YM, Facebook dan sebagainya, malah teknik ini dapat mengelakkan lagi dari melakukan maksiat dan sebagainya. Jadikan teknologi itu sebagai manfaat untuk orang yang dah bertunang untuk saling kenal mengenali antara satu sama lain. Tapi ingat jangan sampai laqa (lalai) sehingga boleh menyumbang kearah maksiat. Gunakan kebijakkan akal yang Allah anugerahkan kepada manusia untuk bertinda berdasarkan pemikiran yang positif dan berlandaskan hukum Allah. Paling baik sekali, panggil tunang lelaki datang kerumah ketika mana ibu dan ayah ada di rumah dan berbincanglah di depan ibu dan bapa, hal ini lebih berkesan untuk menjauhkan lagi dari perbuatan menghampiri zina atau maksiat. Bila setiap perkara tidak membelakangi kedua ibu bapa, maka itu merupakan tanda redho ibu bapa dan apabila memperolehi redho ibu bapa, maka itu merupakan redho Allah.

fikir2kan dan selamat beramall..

Sunday, March 28, 2010

hayatilah seni kata ini..

http://www.youtube.com/watch?v=6iDXW1lTpR0

Solat ghaib

Tajuk :
Solat ghaib

Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Pada hari kematian raja Najasyi (Raja Habsyah), rasulullah s.a.w mengumumkannya kepada orang ramai. Sesudah itu baginda pergi ke tempat solat, lalu baginda takbir empat kali (solat ghaib).”

(Muslim)

Huraian
Mayat yang ghaib boleh disembahyangkan walaupun telah dikuburkan. Yang lebih utama menyembahyangkan mayat ialah walinya, iaitu bapanya kemudian datuknya dan seterusnya ke atas, kemudian anaknya, cucu-cucunya dan seterusnya ke bawah, Di antara syarat-syarat untuk mengerjakan sembahyang jenazah ialah:

1. Orang yang hendak menyembahyangkan jenazah mestilah sudah akil baligh, suci daripada hadas kecil dan besar , menutup aurat dan mengadap kiblat.

2. Tidak disyaratkan masuk waktu, terutama jika ditakuti tubuh mayat itu rosak, maka hendaklah disegerakan sekalipun dalam waktu yang tidak baik
(makruh)

3. Jenazah itu mestilah telah selesai dimandikan serta dikafankan.

4. Imam solat jenazah wajib menjelaskan rukun-rukun dan cara-cara sembahyang jenazah itu kepada para makmum kerana ditakuti ada di antara yang hadir tidak mengetahuinya atau terlupa.

wassalam..

Tangan Kanan

Tajuk :
Keutamaan Tangan Kanan Daripada Tangan Kiri


Hadith :
Daripada Salmat bin al-Akwaa’ r.a, bahawasanya seorang lelaki makan di
sisi Rasulullah s.a.w dengan tangan kirinya lalu baginda menegurnya dengan
bersabda:” Makanlah dengan menggunakan tangan kananmu.” Lelaki itu
menjawab, :“Aku tidak berupaya berbuat demikian.” Baginda bersabda lagi:
”Kamu tidak berupaya? Sebenarnya tidak ada sesuatu yang menghalang kamu
daripada berbuat demikian melainkan kerana didorong oleh perasaan
sombong.” Salmat berkata:”Orang itu akhirnya tidak dapat mengangkat tangan
kanan ke mulutnya (cacat selamanya).”



Huraian
1. Umat Islam dilarang menggunakan tangan kiri semasa makan atau minum
kerana perbuatan tersebut melambangkan sikap orang yang sombong.

2. Ketika melakukan suatu kebajikan seperti sedekah, berwudhu’, memakai
pakaian an sebagainya hendaklah dilakukan dengan menggunakan tangan kanan
atau tangan kanan yang didahulukan. Sementara untuk hal-hal yang berkaitan
dengan aktiviti membersih kotoran hendaklah dilakukan dengan tangan kiri.

3. Sesuatu perkataan yang dilafazkan oleh seseorang adalah seperti doa
sama ada kepada diri sendiri mahupun orang lain.

4. Nikmat yang dikurniakan oleh Allah hendaklah digunakan dengan
sebaik-baiknya kerana itulah tanda hamba yang bersyukur.

semoga apa yg kita lakukan itu agar dpt keberkatan darinya..insyaallah