MUKA KASAR & BERBINTIK2 HITAM
Cari buah mentimum, diparut dan diperah lalu diambil airnya.Gunakannya
untuk mencuci muka anda sewaktu hendak tidur.Boleh juga tempel atau
tampalkan hampas mentimum itu ke wajah anda.Pada sebelah petangnya, mandi
dengan air suam dan cuci muka anda berkali-kali dengan air suam.
MEMBUANG TAHI LALAT HIDUP...
Ambil getah daun kemboja, bubuh pada tempat tersebut dan tampalkan dengan
kapas.Buatlah sedemikian sehingga hilang.Begitu juga dengan caranya
membuang ketaut kulit dan mengubat tapak kaki yang pecah-pecah.
MENGHILANGKAN KESAN JERAWAT...
Basuh muka dengan air kelapa muda.Biarkan air itu di muka selama-lamanya 1
jam dan biar ia kering sendiri tanpa dilap.Kemudian cucilah dengan air
sejuk.
JIKA TERLEKAT TULANG...
Celupkanlah jari ke dalam madu lebah.Dengan berselawat sebnyak 3 kali,
masukkan jari ke dalam mulut dan hisapkanlah jari itu perlahan-lahan.
Insya-allah, tul ang yang melekat itu akan keluar dengan mudah.
insyaAllah.
KOLEKSI PETUA DALAM PANTANG DAN KESEJAHTERAAN RUMAHTANGGA
Petua Memudahkan Bersalin.
a) Amalkan baca Surah Yassin disertai niat dan doa sepanjang tempoh
kehamilan.
b) Hampir bersalin amalkan zikrullah Tasbih Nabi Yunus.
c) Amalkan minum air lebihan suami.
d) Amalkan meminum air basuhan rambut/hujungnya ketika mandi.
e) Amalkan makan buah kurma sepanjang tempoh kehamilan ia membantu memberi
tenaga, sumber kalsium dan melembutkan otot rahim dan seangkatannya/
memudahkan laluan bayi/selain turut berperanan memperhaluskan nurani bayi
disertai zikir/selawat.
f) Minum air kelapa di hujung kehamilan membantu membersihkan bayi.
g) Petua mama - Amalkan makan telur mentah di hujung kehamilan.
h) Kerap makan sayur bendi bagi memudahkan laluan bayi.
i) Minum sesudu camca teh minyak kelapa buatan sendiri sejak usia
kandungan 6 bulan. Amalkan seminggu 3 kali dan apabila sudah berumur 9
bulan amalkan ia setiap hari.
j) Bagi kulit bayi yang putih/ bersih - amalkan makan buah epal dan minum
susu. Selain meminum air soya.
Merawat Bentan Ketika Dalam Pantang
Berehat secepat mungkin. Minum segelas kopi ataupun segelas air suam
dicampur sedikit gula. Dan sapukan hirisan
bawang merah di ibu jari kaki kemudian selimut tebal hingga berpeluh
Petua Mengempiskan Perut Selepas Bersalin
a) Ambil sebiji limau nipis diperah airnya/ sedikit air asm jawa pekat
kemudian dicampur sedikit kapur sirih.Jika dikhuatiri gatal titiskan
bersama beberapa titisan minyak mestika, kayu putih, mahupun minyak
berangin lain. Memang diakui gatalnya tapi amat mujarab dan amat memuaskan
hasilnya. Sapukan pada perut, biarkan ia kering sebentar sebelum memakai
bengkung sepanjang waktu
berpantang ataupun ketika waktu malam sahaja. Boleh juga dibalut dengan
daun sireh sebelum memakai bengkung bagi mengatasi masalah screcthmarks.
b) Sedikit cuka , garam dan kunyit dikisar. Tampal pada perut dan bengkung
perut ketika dalam pantang.
c) Sedikit beras disangrai dan kisar halus, sedikit cekur, gula merah, air
asam jawa dan sedikit air suam diadun kesemuanya kemudian tapis dan
minum.Amalkan seminggu 3 kali.
d) Halia lebih kurang 3cm, limau nipis besar sebiji, sedikit air suam,
secubit garam dan lada hitam lebih kurang 15 biji dikisar/ditumbuk. Diadun
dan tapis, minum airnya.Lakukan sehingga mendapat hasil yang dikehendaki.
e) Lengkuas Padi/Helang/ Ranting - iaitu ubi, daun dan batang ditumbuk
halus ditampal pada perut bertujuan membuang angin sekaligus untuk
mengecutkan perut.Selain itu baik juga utk disapu pada badan utk mengubati
lenguh-lenguh badan ataupun sakit sendi.
f) Asam jawa, jadam dan air mendidih diadun tampal pada perut dan
bengkungkan ia sepanjang tempoh berpantang.
g) Dalaman - Ambil beberapa potongan halia ditumbuk halus lalu digaulkan
dengan perahan asam jawa yang pekat lalu dimakan dengan nasi. Hasilnya
InsyaAllah perut menjadi kempis malah pengaliran darah dalam badan juga
akan lebih teratur dan wajah akan tampak lebih sihat dan berseri.
h) Daun jambu serta kapur sirih digiling dan disapu pada perut setiap hari
sehingga mencapai hasil yang memuaskan.
i) Ambil lada hitam lebih kurang 21/2 genggam kemudian ditumbuk halus,
dicampur dengan sebiji ragi tapai digaul bersama cuka bercampur air asam
jawa. Setelah ramuan digaul sebati, sapu pada perut serta keliling
pinggang kemudian dibengkung kuat/ketat.
Petua Untuk Menghindarkan Strechmarks
a) Ambil satu sudu kecil air limau nipis. Ambil 20 titik minyak kayu putih
serta satu sudu air kapur sirih. Gaulkan ia dan sapu pada kesan-kesan
pecah di
perut. Buat 2 minggu berturut-turut.
b) Sepanjang tempoh mengandung sapukan minyak zaitun pada bahagian yang
bermasalah serta elakkan menyapu minyak panas ketika mengandung.
Petua Membersihkan Rahim
Kunyit hidup, halia , air asam jawa dan sedikit gula merah dikisar dan
ambil airnya. Minum 3 pagi berturut-turut atau ketika tempoh berpantang.
Petua Awet Muda
Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan
raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti
Nabi Yusuf a.s. Amalkan setiap pagi. InsyaAllah..
RAMBUT BERUBAN...
Ambil biji buah betik daripada buah betik yang sudah masak sebanyak 2 sudu
besar.Jemur biji betik itu sampai betul-betul kering.Kemudian digoreng
sampai hangus (jangan guna minyak) serta disusuli dengan tumbuk biji itu
sampai halus.Campur debu biji betik itu dengan minyak kelapa dan kacau
sampai merata.Setelah rambut anda dicuci bersih, lumurkan ramuan itu pada
bahagian kepala yang beruban, seelok-eloknya sewaktu hendak tidur.
BERNANAH JARI DISEBABKAN JARUM, DURI & TULANG IKAN...
Ambil 3 bijik bawang merah lalu ditumbuk jangan sampai lumat.Kemudian
bubuh 1 sudu besar minyak kelapa dan dibungkus dengan menggunakan daun
pisang dan dipanaskan ke atas api.Apabila sudah agak panas, tampalkan
ramuan tersebut pada tempat yang sakit dan dibalutkan dengan kain pembalut
luka.Buatlah sebanyak 3 kali sehari.
BAU MULUT...
Ambil beberapa helai daun sireh diramaskan ke dalam air dan
berkumur.Buatlah selama beberapa hari.
RESDUNG...
Ambil isi terung kemal dan amalkan memakannya atau ambil daun kacang kayu
kemudian jemur sehingga kering dan dibuat hisap seperti rokok.Boleh juga
amalkan mencium bunga daun bawang merah sentiasa.
KUNYIT MENGURANGKAN RABUN MATA...
Sediakan 20 helai daun sireh dan satu oz kunyit dan keduanya
diparut.Letakkan di atas penapis dan tuangkan air panas dan diperah.Minum
air yang sudah ditapis itu satu gelas pada setiap hari.
PERUT MASUK ANGIN...
Setiap kali anda minum teh atau kopi masukkan daun delima yang sudah
dipotong kecil-kecil. Amalkan selama 1 bulan.
RAMBUT UBAT KAKI PECAH...
Ambillah rambut yang gugur (rambut sendiri) satu genggam, kemudian rambut
itu terus dibakar dan abunya dicampurkan dengan minyak kelapa.Waktu mahu
tidur malam,bahagian kaki yang pecah itu dibersihkan terlebih
dahulu.Kemudian sapukan minyak dari abu rambut itu dengan menggunakan
kapas di bahagian kaki yang pecah itu.Bila sudah disapu pakailah sarung
kaki yang agak longgar supaya cadar tempat tidur tidak kotor.
KUDIS BUTA...
Cari 5 atau 6 helai daun jambu batu, giling hingga lumat.Ia kemudian
dicampurkan dengan santan dari segengam kelapa parut perah.Kemudian
dibungkus dalam kain jarang dan digosokkan pada kudis buta itu.
CACAR AIR...
Ambil 5 helai daun jarak dan direbus lalu dimandikan kepada mereka yang
mengalaminya. Air rebusan itu hendaklah agak panas sedikit namun bolehlah
dilihat kepada pesakit itu sama ada kanak-kanak atau yang sudah
dewasa.Gosok juga daun jarak yang sudah direbus itu pada badan
pesakit.Lakukan selama 3 hari berturut-turut.
MENGHILANGKAN BEKAS KURAP DI BADAN...
Bakar kulit kerang sebanyak 12 biji selama 20 minit.Bila kulit kerang itu
terbakar jiruslah dengan air panas mendidih.Kulit kerang yang lumat
ditumbuk dicampurkan dengan 1 sudu belerang kuning.Biarkan 2 ramuan itu
sebati selama 1 jam dan campurkan pula dengan setengah cawan minyak
tanah.Sapukan ramuan itu ke bekas kurap.
UBAT PANAU...
Daun gelenggang dicampurkan dengan kapur lalu digosok pada badan yang
terkena panau itu.
SAKIT SIPLIS...
Ambil lobak putih dalam sekati.Kemudian diparut halus-halus diperah dan
diambil patinya.Amalkan berkali-kali segelas untuk 3 kali sehari.
Amalkan memakan jering sebagai ulam, kerana zat jering dapat membantu
menghilangkan penyakit siflis yang berjangkit itu.
BISA-BISA TULANG...
Dapatkan "akar sakit lelaki" sebanyak 3 atau 3 cekak dan direbus selama
2-3 jam kemudian disejukkan dan bolehlah diminum segelas sehari.
KENCING MANIS...
Ambil sekati rebung buluh kuning, basuh bersih-bersih kemudian direbus
dengan sekati kulit kerang yang baru.Cara merebus rebung buluh kuning
ialah dengan menggunakan periuk tanah dengan memasukkan satu setengah
liter air dengan api yang sederhana.Sesudah air rebusan tinggal 1/4
nahagian,angkat dan sejukkan.
Anda boleh amalkan, minum setiap pagi untuk sekali sehari. Insya-allah,
penyakit anda akan sembuh.Tiada pantang larang semasa mengamalkan ubat
tradisional ini dan sudah ramai pengidap kencing manis sudah sembuh
sesudah mencubanya.
DEMAM KUNING...
Ambil segenggam daun daripada pohon dukung anak.Tumbuk sampai halus,
kemudian tuangkan air masakke dalamnya dan campurkan dengan sedikit
garam.Minum air tersebut pada waktu pagi dan petang.
PENYAKIT KUNING...
Ambil daun sukun yang telah tua kemudian direbus sehingga airnya merah
tua.Minum air tersebut 2 kali sehari sekurang-kurangnya untuk 3 hari.
UBAT KENCING BATU...
Jagung isinya sedap dimakan.Tetapi tiadak banyak orang mengetahui bahawa
teras jagung juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri.Carilah teras dari
6 tongkol jagung, kemudian direbus dan dimasak dengan menggunakan 5 gelas
air.Kemudian pesakit itu bolehlah meminumnya 3 kali sehari.Setiap kali
minum adalah sebanyak 3/4 gelas.
UBI KAYU UBAT SAKIT GASTRIK...
Gastrik satu penyakit yang tidak disenangi oleh kebanyakan orang.Dalam
perubatan tradisional orang-orang kita,bagi mengatasi sakit ini amat
mudah,bahan- bahannya amat mudah diperolehi.Cara mengubat menurut orang
tua-tua kita dahulu, ialah dengan mencari ubi kayu yang masih segar (masih
muda).Dikupas kulitnya dan dicuci dengan bersih.Kemudian ubi kayu itu
dipotong sepanjang 5 cm.Makanlah ubi kayu itu sehari 3 potong (1 potong =
5 cm) iaitu pada sebelah pagi, tengahari dan petang.Pada sebelah pagi
sebelum makan ubi kayu tersebut makanlah nasi terlebih dahulu walaupun
sedikit.Lakukan ini setiap hari kira-kira sampai 3 minggu atau sebulan.
CIRIT BIRIT...
Ramuannya; bawang merah,biji kopi, dan madu lebah asli.Bawang merah
hendaklah dibersihkan dan dikupas (jangan membasuhkannya) ..Biji kopi
dikisar halus.Campurkan bawang merah dan biji kopi yang dikisar dengan
madu lalu dimakan semasa mengidap penyakit tersebut
KENCING TIDAK LAWAS...
Ramuannya; madu lebah,limau oren,madu dan air panas.Limau diperah dan
diambil airnya dan dicampurkan dengan madu dan air panas lalu diminum
apabila menghadapi masalah tersebut.Bawang merah hendaklah dipanaskan di
atas api dan digosokkan di atas buah pinggang dan pundi kencing.
MENYEMBUHKAN LUKA...
Ramuannya; Kulit kayu manis dan madu lebah.Kulit kayu manis hendaklah
ditumbuk dan kemudian dicampurkan dengan madu lebah.Bahagian luka
hendaklah dibersihkan dengan air suam.Setelah kering, sapukanlah ramuan di
atas bahagian yang luka itu.
UNTUK MENGUBATI PENYAKIT BATU KARANG...
Ramuannya; madu lebah, dan jintan hitam.Tumbuk jintan hingga lumat
kemudian campurkan jintan hitam ke dalamnya dan gaul sampai
sebati.Campurkanlah ramuan ini ke dalam air hangat dan diminum.
PENAWAR RACUN & SENGATAN BINATANG BERBISA...
Ramuannya; madu lebah dan minyak sapi atau kambing.Gaulkan sehingga
sebati,kemudian diminum.
PENAWAR GIGITAN ANJING GILA...
Ramuannya; daging siput dan madu lebah.Daging siput hendaklah dihancurkan
kemudiannya dicampurkan dengan madu lebah.Ramuan ini hendaklah ditampalkan
pada bahagian badan yang telah digigit oleh anjing gila tersebut.
UNTUK MERAWATI MASALAH BATUK KERING...
Ramuannya; 1/2 cawan madu lebah dan 10 ulas bawang merah.Bawang merah
ditumbuk hingga lumat kemudian diperah untuk diambil airnya.Air perahan
ini dicampurkan dengan madu lebah dam sukatan yang sama banyak dan
hendaklah diminum oleh pengidap penyakit tersebut.
PENAWAR SESAK NAFAS...
Ramuannya; madu lebah dan lobak putih.Lobak putih hendaklah diparut.Lobak
yang telah diparut diperah airnya dan kemudian dicampurkan dengan madu
lebah lalu diminum dengan teratur setiap hari.
PENYAKIT GAGAP...
Madu yang dicampurkan dengan garam kemudian diletakkan di bawah lidah
serta digosokkan ke atasnya, ia boleh mengubati penyakit kepada mereka
yang mempunyai masalah di dalam percakapan.
BENJOL & LUKA YG TERUK...
Ramuannya; buah delima yang diambil bijinya dan madu.Tumbuk biji buah
delima hingga lumat kemudian dicampurkan dengan sedikit madu.Sapukanlah
pada bahagian tubuh yang benjol atau luka tersebut.
MATA BERSELAPUT.. ..
Bahan-bahannya; Buih laut dan madu.Ambil buih laut yang terdapat dipinggir
laut (kekotoran yang disebabkan oleh garam yang terdapat di dalam laut),
dan campurkannya bersama dengan madu. kemudian letakkan campuran tersebut
di atas pelopak mata dan ulangi sehingga sembuh.
TAJAMKAN MATA GUNTING...
Ambil daun bambu kira-kira 10 helai.Potonglah daun itu dengan gunting yang
tumpul.Selepas itu cuba gunting kertas atau pakaian dan jika masih tumpul
ulangi langkah sebelum ini.
MENCUCI KOTORAN PADA PAKAIAN...
Pakaian yang kotor terkena dakwat maka dicuci dengan cuka atau air asam
limau. Jika terkena minyak tanah pula kain itu diwap dahulu sebelum
dicuci. Kotor yang terkena minyak pula maka dicuci dengan disapukan bedak
dan biarkan bedak itu di situ selama beberapa minit kemudian baru basuh.
Jika pakaian terkena darah maka dibilas dulu dengan air suam sebelum
dibasuh.
MEMPERCEPATKAN NANGKA MASAK...
Dengan memotong bahagian tangkainya dan dimasukkan kayu bersih sepanjang
10cm di bahagian tangkai yang dipotong itu. Kemudian simpan atau peram
buah nangka itu dalam tempoh beberapa hari dan pasti nangka itu
mengeluarkan bau yang harum yang menandakan ia sudah cukup masak.
MENYEGARKAN BAU TEKO YANG TELAH DISIMPAN LAMA...
Dengan menaruh sedikit gula pasir ke dalam teko sebelum menyimpannya.
Dengan cara yang sedemikian, teko tersebut akan berbau segar bila anda
menggunakannya kembali.
MENCUCI KERAK PERIUK...
Menggunakan kulit ubi kentang.Cara membuatnya, rebus kulit kentang dengan
kerak itu dalam tempoh beberapa minit. setelah air itu panas, kerak yang
melekat di periuk akan tertanggal dengan sendirinya.
PAKAIAN ANDA TERKENA GETAH & TERKENA KUNYIT...
Bahagian yang terkena getah itu dibasuh dengan air dan direntangkan di
udara.Di bawahnya di bakar belerang.Wap dari belerang itu akan
menghilangkan getah yang melekat pada pakaian.
Pakaian yang terkena kunyit dapat dibersihkan dengan menggosokan kapur
sireh pada bahagian pakaian yang terkena kunyit tersebut.
MENAHAN AIR LIUR ANAK DARI MELELEH KELUAR...
Betapa sedihnya apabila melihat kanak-kanak yang mengalami air liur yang
sentiasa keluar.Agak sukar juga mengubati penyakit ini.Menurut ubat
tradisional, caranya cukup mudah.Bahan ubatnya boleh didapati di
mana-mana.Beli atau petik labu yang telah tua, sebaik-baiknya yang mahu
dijadikan benih.Ambil tangkainya yang dekat dengan buah iaitu bahagian
tangkalnya.Potong nipis sebesar wang syiling 50 sen atau 20 sen.Bahagian
atasnya ditebuk untuk membuat lubang yang kemudiannya dicucuk dengan
benang hitam.Masukkan ke leher kanak-kanak itu untuk dijadikan rantai
leher.Mudah- mudahan air liurnya akan berhenti dalam masa sebulan atau dua
minggu.
SUSAH TIDO...
Jika diserang sakit tidak dapat tidur lena pada setiap malam, memang
merunsingkan. Badan akan terasa sakit-sakit dan lemah pada sebelah
siang.Selalu menguap dan mengatuk.Dalam perkara ini dinasihatkan supaya
mencari buah pala.Buah pala itu diparut secukupnya lalu dicampurkan dengan
sedikit air.Kemudian ditekapkan pada bahagian ubun-ubun di kepala.Dengan
izin Allah, orang yang mengalami hal ini akan tidur
BAHAYA TIDO DI SIANG HARI...
Mendatangkan penyakit kulit,merosakkan warna kulit,melemahkan
jantung,menambahkan tekanan perasaan yang meluap,melemahkan badan dan
mengurangkan tenaga syahwat dan melemahkan kecerdasan akal.
LARANGAN & PERATURAN SELEPAS MAKAN...
Dilarang keras terus tidur selepas makan kerana mendatangkan keras hati.
hendaklah berjalan selepas sekurang-kurangnya 40 langkah dan
sebaik-baiknya hendaklah sembahyang selepasnya supaya makanan mudah hadam.
SUPAYA AIR YANG DIMINUM MENDATANGKAN KESIHATAN UNTUK BADAN...
Minumlah 1 gelas air dengan 3 kali minum (teguk), jangan bernafas di dalam
gelas semasa meminumnya dan jangan meniup air yang hendak diminumnya
CARA HAPUSKAN KELEMUMUR...
Ambil beberapa biji buah mengkudu masak, basuh dan tumbuk sehingga hancur.
Kemudian, disapu pada kepala sambil digosok-gosok. Amalkan seminggu 2 kali
sebelum mandi.
MENEGANGKAN MUKA...
Bagi anda yang mengalami kedutan pada muka boleh lah mengambil sedikit
kulit kayu manis, seketul kunyit hidup dan sedikit beras pulut. Campurkan
kesemua bahan dan ditumbuk hingga halus. Kemudian sapukan pada muka dan
leher sebelum tidur. Lakukan dua kali seminggu. Insyaallah kedutan akan
beransur hilang.
MEMEKATKAN SUP...
Kadangkala ketika memasak sup, kita menggunakan terlalu banyak air hingga
menyebabkan sup menjadi cair. Bagi memekatkan sup, masukkan sedikit
kentang rebus yang dilecek.
IBU HAMIL...
1. Ibu yang sedang hamil biasanya akan mengalami masalah bengkak kaki. Ada
petua yang boleh diamalkan untuk mengubatinya. Ambil sedikit jadam dan
dicampur dengan sedikit air masak. Apabila sudah hancur dan pekat sapukan
pada kaki dan betis selepas selawat tiga kali. Seelok-eloknya sapu sewaktu
hendak tidur. Amalkan dan anda akan mendapat manfaatnya.
2. Untuk memudahkan anda sewaktu hendak bersalin, cuba petua ini. Setiap
kali mandi dan membasuh rambut, hisaplah air yang mengalir dari hujung
rambut anda sambil berselawat dan berdoa. Seeloknya diamalkan ketika
hamil.
HIDUNG BERDARAH...
Sekiranya hidung anda berdarah, titiskan campuran cuka dan air mawar.
Amalkan dan penyakit ini tidak akan berulang.
MENGUBATI PENYAKIT JANTUNG...
Ambil kuning telur daripada sebiji telur (sebaik-baiknya telur ayam
kampung) dan campurkan dengan dua sudu besar madu lebah asli. Minum
campuran itu sekurang-kurangnya sekali sehari. Insya-Allah kesannya dapat
dilihat dalam tempoh 3-4 bulan.
MENGHITAMKAN ALIS MATA...
Mula-mula anda ambil 10 biji cengkih yang telah kering dan tua lalu
dibakar hingga menjadi arang. Kemudian cengkih itu ditumbok hingga halus,
setelah halus tuangkan ke dalam botol yang telah diisi dengan minyak buah
keras. Apabila kedua-duanya telah bercampur rata sapukan kepada kedua-dua
bahagian alis mata anda dengan hujung jari dari hujung hingga ke
pangkalnya, rata tapi tipis...
Lakukan begini hingga selama dua minggu berturut-turut, pasti hasilnya
memuaskan. Dan akan jelas kelihatan alis mata anda hitam dan cantik.
MENGHILANGKAN JERAWAT BATU...
Kulit yang berjerawat batu mungkin akan merosakkan kecantikan muka
terutama bagi kaum wanita. Untuk menghilangkannya, ambil beras, tumbuk
hingga halus dan campurkan sedikit air. Gunakan pada waktu hendak tidur
tiga kali seminggu. Insya-Allah jerawat batu anda akan hilang.
SUPAYA GIGI DILIHAT LEBIH PUTIH...
Ada satu cara untuk memulihkan gigi anda iaitu dengan menggunakan garam
halus sahaja. Mula-mula ambil garam halus sebanyak 1 sudu campurkan dengan
titisan air tapi ingat jangan terlalu banyak memadai lembab saja
memudahkan anda mencoleknya. Kemudian gosoklah garam tadi pada gigi anda.
Sebaik-baiknya gunakan berus gigi yang rapat, beruslah berulang kali dan
ulangi selama satu hingga dua minggu. Hasil yang anda perolehi ialah
mendapat deretan gigi yang putih bagaikan mutiara.
MENYEMBUHKAN GUSI BENGKAK...
Jika anda diserang penyakit gusi bengkak tentulah ianya mendatangkan
masalah kepada kesihatan anda, bukan sahaja susah untuk makan minum,
tetapi juga menyukarkan anda untuk berbual. Sakit gusi bengkak ini memang
menyakitkan kadang-kadang lebih sakit dari sakit gigi. Disini diberikan
beberapa panduan atau petua untuk anda ikuti jika menghadapi masalah ini.
Apa yang anda perlu lakukan ialah mengambil sebiji cili hijau kemudian
bakarlah dia sampai panas, setelah panas sapukan kepada gusi anda yang
bengkak tadi beberapa kali. Jika dibuat beberapa kali pasti sakitnya akan
berkurangan dan mudah-mudahan dia akan cepat sembuh. Dan yang pastinya
anda akan cepat sembuh semula.
RAMBUT...
1. Rambut yang lebat dan panjang sentiasa menjadi idaman setiap orang.
Untuk itu ada cara yang paling mudah yang boleh anda amalkan.
Mula-mula ambil beberapa batang serai dan tumbuk sehingga pecah. Rebus
serai itu sehingga mendidih dan apabila air serai itu sejuk, sapukan
rata-rata kepada rambut anda dan seelok-eloknya ramas pada bahagian kulit
kepala.Setelah lebih kurang dua jam barulah dibasuh seperti biasa. Amalkan
sekurang²nya seminggu sekali.
2. Jika rambut anda selalu gugur serta nipis, cuba amalkan petua ini.
Ambil beberapa biji buah keras dan bakar sehingga bewarna kekuningan.
Tumbuk buah tadi sehingga hancur dan campurkan dengan minyak kelapa.Pada
setiap pagi, sebelum mandi sapukan bahan tadi pada rambut dan biarkan
selama 30 minit. Cuci rambut seperti biasa. Amalkan dua kali seminggu.
Insya-Allah anda akan nampak perubahannya.
MENGHILANGKAN PARUT JERAWAT...
Cara : Potong kentang(bukan French Fries) secara nipis-nipis, jangan basuh
dan tekapkan pada parut-parut tersebut.Biarkan sehingga kering. Cuci muka
dengan air suam. Selamat mencuba.
HILANGKAN KARAT PADA GIGI...
Cara untuk menghilangkan karat dari gigi adalah dengan dengan mengambil
biji asam jawa, kemudian gorengkan tanpa minyak lalu ditumbuk hingga
halus. ambil debunya dan gosokkan pada gigi dengan kain atau berus
gigi.Lakukan setiaphari dan InsyaAllah anda akan dapat melihat kesannya.
MENGHILANGKAN CAGU...
Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu).
Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasuk
dalam daging tersebut.Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau pada
cagu. Cagu akan beransur pulih.
KHASIAT BAWANG...
1. pening kepala:
Potong 2 ulas bawang putih dan telan bersama sedikit air. sapu tempat yang
sakit dengan minyak bawang putih.
2. lemah otot:
Ambil tiga ulas bawang putih dan hancurkan. kemudian minum bersama susu
unta setiap hari selama sebulan bagi menguatkan otot yang lemah.
3. demam selsema:
Makan seulas bawang putih setiap kali selepas makan sebanyak tiga kali
sehari. dan minum air perahan bawang putih dan limau serta berkumur air
wap bawang putih.
4. susah hadam:
Rebus bawang merah bersama kulitnya. kemudian kupas bawang itu. bawang itu
haruslah dihancurkan dan dicampurkan ke dalam madu asli dan dijadikan krim
sapuan roti. amalkan selalu.
MATA TERMASUK LADA...
Apabila anda sedang menumbuk lada untuk membuat sambal belacan sekali
dengan tiba-tiba ia tepercik masuk ke mata, anda tak perlu risau.. ambil
air dan siram kedua belah kaki anda, dengan beberapa saat mata anda akan
hilang pedihnya.
MENGHARUMKAN RUMAH...
Ambil beberapa helai daun pandan,mayang seperti membuat bunga
rampai.letakkan dalam bekas atau bakul.bolehlah diletakkan di ruang
tamu,dapur,bilik tidur atau dimana saja sesuai.mudah dan menjimatkan.
selamat mencuba.
MENGHILANGKAN KARAT PADA PAKAIAN...
Perahkan air limau nipis ke dalam bekas berisi satu sudu kecil garam
halus.kacau hingga sebati dan sapukan kepada pakaian yang terkena karat.
biarkan beberapa minit sebelum dibubuhkan sabun dan diberus seperti biasa.
SEGARKAN MATA...
Sapukan minyak zaitun di sekeliling mata sebelum tidur.
UBATI BIBIR YG PECAH...
Bancuhkan air suam bersama gula merah dan sedikit asam jawa kemudian
diminum beberapa kali.
MENGATASI MABUK SEMASA PERJALANAN JAUH...
Bancuh air didihan nasi bersama sedikit gula. minum ketika suam. amalkan
selalu.
MENGHAPUSKAN URAT TIMBUL DI KAKI SEWAKTU MENGANDUNG.. .
Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula
timbul. amalkan selalu.
TONIK UTK MENGUATKAN PARU-PARU...
Jus buah pear dan pie digunakan oleh masyarakat zaman dulu untuk mengubati
masalah-masalah yang ada kaitan dengan paru-paru. la bertindak sebagai
tonik yang membersih dan menguatkan paru-paru serta menjauhkan
penyakit-penyakit berbahaya seperti batuk kering.
Minuman itu, yang kaya dengan kalsium, fosforus, zat besi, sodium,
potasium, magnesium, vitamin A dan C dan niasin merupakan penawar bagi
mengubati demam panas. la mendatangkan kesan yang menyejukkan ke atas
sistem tubuh badan, sekali gus menurunkan suhu badan yang panas.
Kedua-dua jenis buah itu, yang berasal dari Asia Barat dan Eropah, juga
membantu meredakan masalah perut meragam. Tabiat makan yang berlebihan
atau terlalu banyak mengambil makanan berlemak atau berempah boleh
menyebab-kan sistem penghadaman terganggu akibat pengumpulan asid yang
berlebihan.
Jus buah pear-pie, jika disedut perlahan-lahan, bertindak meneutralkan
asid yang berlebihan di dalam perut.
Perjalanan jauh sama ada dengan kereta atau bas boleh menyebabkan
sesetengah wanita mengalami alahan seperti pening dan muntah.
Satu petua untuk mengelakkan alahan seumpama itu ialah dengan meminum jus
buah pie-pear. Mereka juga digalakkan membawa bekalan jus pie-pear semasa
dalam perjalanan jauh.
Wanita mengandung atau mereka yang sering kali mengalami alahan seperti
pening dan muntah-muntah semasa berjalan jauh juga dinasihatkan
membekalkan jus buah pear.
Minuman itu juga sesuai diamalkan untuk menghilangkan rasa loya seperti
yang sering dialami oleh wanita mengandung pada waktu pagi.
BADAN RINGAN & BERTENAGA...
Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada
hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan
akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita,
amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.
MEMPERCEPATKAN AIR MENDIDIH...
Tiba-tiba rumah anda dikunjungi tetamu tetapi ia mahu segera berangkat
pulang kerana ada sesuatu hal yang mustahak, sedangkan dia meminta sedikit
minuman, bila dibuka tarmus air anda kecewa kerana air panas telah
kehabisan. Jika anda dalam keadaan demikian jangan cepat panik, anda
bukalah api dapur, ambil sedikit air sejuk dan jerangkan, untuk cepatkan
lagi ia mendidih masukkan beberapa sudu gula mengikut kadar air tadi.
Kerana air yang dicampurkan dengan gula akan lebih cepat mendidihnya dari
keadaan biasa. Disamping itu anda juga akan merasa lebih mudah apabila
ingin membancuh minuman tidak perlu lagi dimasukkan gula. Selamat mencuba.
MENGHILANGKAN BAU HAMIS DI KUALI...
Setelah digunakan, seperti menggoreng ikan atau telur, kuali anda berbau
hamis. Oleh kerana selalu digunakan kuali anda didapati sukar hendak
menghilangkan baunya. Untuk mengatasinya, ambil limau nipis, gosoklah
merata-rata setiap kali habis menggoreng. Kuali anda tidak berbau lagi.
MENGHILANGKAN KESAN KOPI, TEH & DARAH...
Kesan-kesan teh, kopi atau koko yang terkena pada pakaian boleh
dihilangkan dengan menyiramkan air yang mendidih ketempat terdapat
kesan-kesan itu. Sekiranya masih terdapat kesan-kesan itu maka hendaklah
ditampal dengan serbuk pencuci yang dilekatkan dengan air dikawasan itu.
Biarkan begitu selama satu jam sebelum dicuci. Bagi menanggalkan kesan
darah pada pakaian, rendamkan pakaian dalam air biasa (sejuk) yang berisi
garam. Rendamlah hingga kesan itu tanggal.(1 sudu makan garam - 1 pain
air).
IKAN HARUAN X HANYIR...
Ikan haruan dicampurkan dengan air asam jawa pekat. Kemudian rendamkan
selama 1 jam. Akhir sekali basuh dengan air biasa.
MEMBUAT ROTI CANAI LEMBUT...
Kebanyakan suri rumah mendapati agak sukar untuk membuat roti canai yang
lembut seperti yang didapati dikedai-kedai mamak. Dengan mencuba petua ini
puan-puan tidak perlu bimbang lagi. Ketika puan-puan mahu membuat adunan
elok dicampur dengan sedikit air kelapa kemudian baru diuli seperti biasa.
MENGHILANGKAN HANYIR IKAN & MAKANAN LAUT...
Ikan yang telah dipotong hendaklah diperam dengan tepung gandum lebih 10
minit sebelum dimasak. Biar seluruh hirisan @ badan ikan tadi dibaluti
tepung gandum. petua ini lebih mujarab daripada memeram dengan air asam
jawa.
ELAK JAG KACA PECAH...
Menghidang minuman panas di dalam jag kaca tampak lebih menarik selera
anda. Bagi mengelakkan jag itu pecah akibat suhu kepanasan air, ambil
sebatang sudu logam dan masukkan ke dalam jag. Tuangkan air panas dan
jangan kuatir kerana haba yang dibebaskan akan diserap oleh sudu logam
tersebut. Insya Allah. Selamat mencuba!
MENGHILANGKAN BAU HANGIT NASI...
Kebiasaannya nasi yang hangit kurang sedap dimakan. Untuk menghilang bau
hangit itu letakkan dua tangkai lada kering ke dalam periuk dan panaskan
sekejap selama dua minit. Insya Allah bau hangit akan hilang. Selamat
mencuba.
TAUGE SEGAR...
Untuk menjadikan tauge segar walaupun disimpan beberapa lama, masukkan
tauge yang dibeli ke dalam air yang dicampur sedikit garam kemudian simpan
di dalam peti ais. Insya Allah tauge akan segar dan tidak masam.
ATASI NASI MENTAH...
Untuk mengatasi masalah nasi mentah, apa yang anda harus lakukan ialah
dengan merenjiskan sedikit air yang telah bercampur garam ke atas nasi
tersebut. Kemudian nasi itu dibalik-balikkan dan tutup hingga nasi itu
berwap.
MELAMBATKAN NASI MENJADI BASI...
Biasanya nasi yang kita masak cepat basi akibat dari pemeluwapan yang
terlalu banyak. Untuk mengelakkan nasi tersebut daripada basi, sebelum
kita tekan suis periuk atau masak atas dapur gas anda cuma perlu masukkan
secubit garam ke dalam air beras tadi. Insya Allah nasi yang kita masak
tadi tahan untuk seharian.
AYAM GORENG LEBIH SEDAP...
Untuk mendapatkan ayam goreng lebih sedap dan berbau wangi, tumbukkan 3
ulas bawang putih untuk 1/2 ekor ayam. Gaul dengan garam kunyit. Lumurkan
pada ayam yang hendak digoreng. Goreng sampai benar-benar garing dan
angkat. Selamat mencuba....
MENGATASI NASI LEMBIK...
Masukkan dua biji telur ayam ke dalam periuk nasi. Biarkan seketika.
Hasilnya nasi akan menjadi kering dengan sempurna.
MELEMBUTKAN DONAT...
Kuih donat yang dibeli biasanya keras lebih-lebih lagi apabila sudah
sejuk. Untuk mengelakkannya, bolehlah mencampurkan dua atau tiga biji ubi
kentang yang telah dilenyekkan ke dalam tepung bancuhan tadi. Insya Allah
donat tadi akan lembut dan sedap rasanya walaupun sudah sejuk.
DAGING KAMBING TIDAK BERBAU...
Apabila membeli daging kambing, jangan terus memasaknya. Sebolehnya
direndam dengan air basuhan beras untuk setengah jam, dan kemudian direbus
dengan halia. Air basuhan beras tadi bukan sahaja akan menghilangkan
baunya malah melembutkan daging. Selamat Mencuba
MENCUCI SETERIKA KOTOR...
Mencuci seterika yang kotor ada caranya. Petuanya ialah..dengan menaburkan
sedikit garam halus keatas kertas tisu kemudian gosok pada tapak yang
kotor itu. Lakukan beberapa kali dan anda akan mendapati kotor akan
hilang.
PENGISAR SENTIASA TAJAM...
Kisarkan garam biasa di dalam pengisar sehingga beberapa minit. Amalkan
langkah ini setiap bulan. Dengan cara ini mata pengisar akan kekal tajam.
PENYAKIT LUPA...
Antara penyebabnya adalah:-
- Makan kepala ikan
- Organ dlman binatang seperti hati. Limpa, jantung, perut & yg
seumpamanya melainkan atas nasihat doktor utk keperluan kesihatan.
- Makan Makanan yg tercemar oleh semut kerana semut dipercayai mengandungi
sejenis kimia yg menyebabkan daya ingatan menjadi lemah.
- Jgn makan berlebihan (makan semasa lapar berhenti sebelum kenyang).
- Jgn minum air antara suapan makan. Maksudnya, jgn minum sebelum anda
selesai makan.
- Elakkan sukan yg boleh menyebabkan gegaran yg kuat kpd kepala seperti
tinju, gusti & sebagainya.
- Pergaduhan/berkelah i sesama sendiri dgn memukul kepala juga boleh
menyebabkan penyakit lupa. Gegaran di kepala yg kuat & terlalu kerap akan
mengakibatkan kadar sejenis bahan kimia yg dipanggil 'dopamin'akan
berkurangan di dlm sel-sel otak. Lalu mengakibatkan daya ingatan yg lemah
& otot-otot yg kurang bermaya.
Rahsia Menguatkan Daya Ingatan
Utk menguatkan daya ingatan, dgn rahmat & sayang Allah SWT, kita
dikurniakan makanan yg baik & dpt menguatkan sistem saraf kita. Diantara
jenis makanan yg boleh meningkatkan fungsi ingatan adalah:-
- Buah anggur hitam
- Madu lebah
- Halia
- Buah badam
- Susu
- Air zam zam
- Kismis
- Jus karot & madu
- Epal
- Kurma
- Ikan tuna
- Tempe
- Air soya
Itu hanyalah sebahagaian drpd makanan yg boleh meningkatkan daya ingatan
manusia. Selain drpd itu, oksigen juga amat penting utk merangsangotak
supaya sentiasa cergas & cerdas. Satu teknik mengawal pernafasan yg amat
baik diamalkan adalah dgn menarik nafas sebyk 7 kiraan, kemudian tahan
nafas sebyk 14 kiraan. Ulang selalu terutama sewaktu keletihan.
Keterang-keterangan di atas hanyalah sebahagian kecil drpd cara-cara
meningkatkan keupayaan ingatan/otak. Yg paling penting ialah ingat Allah
SWT selalu. Daya ingatan akan bertambah kukuh sekiranya tidak sesaat pun
kita lupa kpd-NYA. Amalan berpuasa sunat juga baik kerana puasa juga boleh
menajamkan minda. Disamping itu latihkan diri berzikir seperti berikut:-
1) Ya Rahman (Maha Pemurah) 100x selepas solat fardhu.
2) Ya Hakim (Maha Bijaksana) 300x setiap hari.
Insyallah jika selalu mengamalkannya, daya ingatan semakan kukuh & mudah
menerima ilmu & mengingatinya.
TANDA-TANDA AWAL KANSER...
(1) Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa,
sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.
(2) Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan
berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di
buah dada.
(3) Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan,
sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.
(4) Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas
termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.
(5) Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan
yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.
(6) Kanser limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun
berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen
membengkak.
(7) Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen,
sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara
menjadi lebih mendalam.
(8) Kanser otak - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah
atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.
(9) Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.
(10) Kanser darah (leukimia)-letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat
jangkitan (infection).
(11) Kanser tekak - suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar
menelan dan kelenjar membengkak di leher.
10 PENYEBAB UTAMA KANSER
(1) Makanan
(2) Tembakau
(3) Alkohol
(4) Radiasi
(5) Sinaran cahaya matahari
(6) Pekerjaan
(7) Pengambilan ubat
(8) Pencemaran air dan udara
(9) Perokok yang tidak aktif
(10) Keturunan
TEH DAN KANSER Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah,
membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di negara Jepun dan China,
mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan
risiko penyakit kanser. Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh
menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya. Teh juga mempergiatkan
enzim sistem "detoxification" di dalam limpa, membantu menyingkirkan
bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu
melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga
mengurangkan risiko serangan stroke.
DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA
(1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
(2) Hindari makanan ringan yang masam
(3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
(4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
(5) Ambil makanan mengandungi vitamin E, B-6, dan evening primrose oil
RAHSIA ROTI CANAI...
Assalamua'laikum. ... Setiap makhluk yang bernyawa memerlukan makanan
untuk hidup, itulah fitrah kehidupan. Haiwan dengan seleranya dan manusia
dengan selera manusia. Bagi kita orang Islam, makanan itu terbahagi kepada
dua bahagian, iaitu makanan halal dan makanan haram. Makanan haram telah
kita sedia maklum seperti yang kita belajar disekolah dahulu.
Adapun yang halal dan haram itu terdapat juga makanan yang shubhah ataupun
makanan yang was-was halalnya, maka dituntut kita menjauhi dari memakan
makanan itu. Dalam Al-Quranul Karim juga menjelaskan "daging yang tumbuh
dari sumber yang haram, api nerakalah layak untuknya".Saudara yang
dikasihi sekalian, ramai yang tidak sedar setiap hari kita memakan makanan
yang haram walaupn dari segi zahirnya nampak halal. boleh dikatakan
sebahagian besar orang melayu menggemari makanan ini, termasuk juga mereka
yang bergelar ustaz.
Apakah makanan itu??.... Makanan yang saya maksudkan itu adalah roti canai
dan murtabak. Izinkan saya menerangkan kenapa ianya haram. Setahu saya,
pembuat roti canai ini berminyaktangannya, apabila dipesan "Roti telor
satu"... maka dengan tangan berminyak itu juga dicapainya telor dan
dipecahkan telor kemudian dengan tangan itu juga dia mengibarkan tepung
roti canai. Sedarkah kita bahawa telor itu tidak dibasuh terlebih
dahulu??.. Telor yang tidak dibasuh akan berserta taik ayam dipermukaan
kulit telor tersebut. Maka tangan yang basah berminyak tadi memegang kulit
telor yang bernajis dan dilenyek bersama roti itu tadi, ini bermakna roti
tersebut sudah terkena najis. Oleh itu memakan roti tersebut samalah
memakan najis, memakan najis adalah HARAM hukumnya. Jadi roti canai tadi
juga HARAM dimakan.
Nasihat saya kepada saudara sekalian, maka berhati-hatilah dengan benda
makanan ini, pastikan telor itu dibasuh terlebih dahulu. Nasihat saya
kepada pembuat roti canai pula, basuh lah telor dahulu sebelum anda
menghidang kepada pelanggan anda. Perlulah diingatkan apabila makanan yang
haram anda jualkan, maka rezeki anda juga HARAM. Nasihat saya ini bukan
kepada sajian roti canai sahaja, malah semua makanan yang bersumberkan
telor hendaklah dibasuh terlebih dahulu, kerana bila memecahkan telor
tersebut pastinya akan berserta apa yang melekat dikulitnya, samada
kelihatan atau tidak.
Mulai dari sekarang ubahlah cara kita menyediakan makanan, pastikan anda
membasuh telor sebelum menyediakan apa sahaja hidangan. Ingatlah Allah itu
Maha Penganpun lagi Maha Pemaaf bagi mereka yang tidak tahu.
TIPS KESIHATAN & KECANTIKKAN UTK WANITA 30-an
Dalam kesibukkan menyeimbangkan antara tugas pejabat dan tugasan tetap
dirumah, wanita selalunya kesuntukkan masa untuk diri sendiri. Penjagaan
diri yang ala kadar ataupun ikut sempat je... seringkali menjadi amalan
harian. Dalam kesibukkan kita seharian, perlulah kita mencuri sedikit masa
untuk "merawat, menjaga dan memanjakan" diri sendiri.
Semoga sedikit tips dibawah dapat membantu kita wanita terutamanya yang
berusia 30-an "memaintainkan" kesihatan dan keterampilan diri.
a) Kawal pemakanan Proses penuaan dapat dilambatkan jika kita mengamalkan
pemakanan yang seimbang. Banyakkan makanan berserat tinggi, sayur dan
buah-buahan. Kurangkan makanan berlemak, minuman yang mengandungi banyak
kafien, minuman ringan dan makanan ringan.
b) Guna Pelembap yang sesuai Apabila umur kita menjangkau 30-an, keanjalan
dan kelembapan kulit semakin kurang. Oleh itu penggunaan krim pelembab
sangat diperlukan. Carilah pelembab yang sesuai dengan kulit muka
masing-masing. Haruslah diingatkan yang krim muka jenama popular dan mahal
tidak semestinya sesuai dengan jenis kulit kita.
c) Cuba elakkan dari pancaran cahaya matahari Jangan biarkan muka anda
banyak terdedah kepada cahaya matahari didalam jangkamasa yang panjang.
Pendedahan yang lama bukan saja dapat menggelapkan kulit, ianya juga dapat
mengurangkan kelempapan kulit yang membawa kepada kekeringan.
d) Sentiasa bersenam Bersenam mampu meningkat keupayaan dan kesihatan.
Pastikan kita melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun tidur.
Dan kalau ada masa, lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
e) Minum banyak air. Kekeringan dan gejala penuaan boleh diperlambatkan
dgn meminum banyak air. Ini kerana air adalah aset penting untuk kesihatan
tubuh badan terutamannya kulit muka. Kekurangan jumlah air dalam badan
boleh menyebabkan kita mudah diserang pelbagai penyakit. Selain itu, air
penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksin dalam tubuh
badan.
f) Makanan tambahan Pengambilan vitamin adalah amat digalakkan untuk
wanita 30-an. Kesibukkan dengan tugasan dipejabat dan dirumah menyebabkan
kebanyakkan wanita jarang mengamalkan pemakanan seimbang. Jadi pengambilan
vitamin dapat membantu menyelesaikannya.
g) Elakkan bermekap tebal Wanita 30-an seelok-eloknya menggunakan mekap
yang nipis dan bersederhana. Cuba elakkan dari menggunakan foundation yang
tebal serta lipstik yang merah menyala. Ianya akan membuatkan wanita ini
nampak lebih tua dan garang.
h) Positif, ceria dan selalu bersama yang tersayang Wanita 30-an mestilah
mengamalkan sikap positif, sentiasa ceria dan selalu bersama yang
tersayang. Kehadiran orang-orang tersayang di sekeliling dapat membantu
wanita membina keyakinan diri dan menghilangkan stress.
"Wanita... sumber ilham selalu.."
Sabar..Yakin. .Redha
Selamat Mencuba
*********InsyaAllah *********